Konsep Wacana
Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling
tinggi yang melampaui sebaris ayat yang
lengkap. Oleh yang demikian, wacana
dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa.
Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang
merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut
pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi
batas ayat. Sementara itu, Raminah Haji
Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau
lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Di dalam tatabahasa,
wacana ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut hierarki.
Sejumlah ayat tertentu hanya membawa satu tumpuan
makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk satu fokus pemikiran
yang mana di dalam tatabahasa ianya
disebut sebagai wacana. Selain itu, wacana juga boleh disebut sebagai rentetan,
tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga menjadi satu
bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah, buku seminar,
bengkel, forum dan sebagainya.
Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu ‘wocono’
atau ‘woco’ yang membawa maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit
bahasa iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau
dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara langsung antara
penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah,
ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi
wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan sesuatu
maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan
hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana
tulisan ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan adalah seperti
tulisan rencana, akhbar, majalah, novel dan lain-lain lagi.
Teori Wacana
Fungsi dan Tujuan Wacana
Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan, jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar dalam memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. Antara penanda wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh Siti Hajar binti Abd Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II terbitan Oxford Fajar (2009). Contoh ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah
Teori Wacana
Teori Sanat Md. Nasir
Menurut Sanat Md Nasir (1998:122-124) berpendapat
bahawa, teori-teori bahasa wacana sebelum ini tidak mempunyai asas yang kukuh
kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan makhluk dengan
Penciptanya (Khaliqnya). Bagi memenuhi keperluan tersebut, wujud sebuah teori
yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu :
Teori Atqakum.
Teori ini menggabungkan
kepadaan deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepadaan „atqakum‟. penggunaan
bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat
dengan aktiviti kebahasaan. Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep “alamma” memperlihatkan
perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia.
Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil.
Teori ini mempunyai unit tatabahasanya iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh
yang dikenali sebagai “Wacana Plus Plus”. Dengan kesinambungan ini, dapat
dilihat sauatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus
Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam
konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem,
kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang
termasuk hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat
ini, tatabahasa wacana plus plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar
kerana mencakupi perkara-perkara ghaibi. Tatabahasa wacana plus plus menggabungkan
bahasa pertuturan (literal) dengan bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang
lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW dijadikan sebagai model dan ikutan yang
terbaik.
Selain itu juga, tatabahasa wacana plus plus bukan
sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah mencakupi persoalan asal-usul
bahasa (Allamahullbayan). Pendokong
tatabahasa wacana plus plus membincangkan perkara asal usul bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.
Menurut Beaugrande dan Dressler (1986:17) : “If we
assume that structures are always the outcome of intentional operations, then
even single sentences must evolve through election rather than being derived from abstract rules alone.”
Berdasarkan petikan dapat difahami bahawa dalam
sesebuah wacana ayat-ayat yang digunakan dianggap telah terpilih secara sedar
dari jumlah pilihan yang disediakan. Tujuan wacana juga adalah untuk
menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan memperhatikan penempatan
dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk lahir ayat seperti
mofem, kata, frasa, klausa. Wacana juga berfungsi untuk menyatakan suatu
fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan fikiran dapat disampaikan melalui
struktur dan sistem yang bersangkutan
dengan cara penyampaiannya.
Menurut
Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara
komponen dunia teks iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks
permukaan dapat diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua
konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses).
Runtutan.
Runtutan sering juga disebut sebagai koherensi. Sanat
Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) pula mendefinisikan runtutan sebagai
susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu.
Secara kesimpulannya, runtutan dapat difahami sebagai kaitan sesuatu ujaran
secara logik bagi memberi kefahaman kepada pembaca. Menurut Sanat Md. Nasir
dalam Mohd Rashid Md Idris (2004), terdapat beberapa tahap runtutan. Pertama
adalah tahap tujuan. Tahap tujuan melihat kedalaman pemahaman penulis atau
penutur tentang sesuatu teks yang ditulis. Tahap kedua pula melihat sejauh mana
tahap penerimaan pendengar atau pembaca tentang sesuatu teks. Tahap ketiga pula
melihat ketepatan tanggapan pembaca terhadap sesuatu maklumat dalam teks. Tahap
yang terakhir melihat kerelevanan sesuatu teks berdasarkan situasi ujaran.
Tahap-tahap runtutan hanya dapat dicapai melalui penggunaan perkataan atau
kebijaksanaan pengarang dalam mengaitkan sesuatu perkara melalui penggunaan
runtutan. Struktur tema. Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004)
menyatakan struktur tema sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat.
Klausa dalam struktur tema terbahagi kepada tema dan rema. Tema boleh difahami
sebagi fokus utama penceritaan. Selain itu, tema dapat difahami sebagai subjek
yang diterangkan sedangkan rema adalah predikat yang menerangkan subjek. Hal
ini boleh difahami melalui contoh di bawah:
i.
Abu suka makan
kek.
Ayat di atas menunjukkan penggunaa tema dan rema. Tema
dapat dilihat melalui perkataan Abu
kerana berfungsi sebagai subjek yang diterangkan sedangkan suka makan kek pula merupakan rema kerana berfungsi
menerangkan predikat.
Berdasarkan perbincangan yang dibuat berdasarkan model
teori dan ciri wacana ini terdapat dua tokoh bahasa yang bergiat aktif dalam bidang
kajian wacana. Sanat Md. Nasir mengemukakan Teori Atqakum, konsep tautan dan
konsep struktur tema. Beaugrande Dressler memperkenalkan konsep runtutan dan
ciri pengguguran atau elipsis.
Ciri-ciri Wacana
Tautan.
Tautan leksikal dapat dibahagikan kepada empat iaitu
tautan leksikal repitisi (pengulangan), hiponim, kolokasi, dan ekuivalensi.
Repitisi atau pengulangan adalah kata yang sering kali diulang yang terdiri
daripada 'kata isi' (content word ). Pengulangan dilakukan terhadap
perkataan-perkataan yang penting. Perkataan penting ini boleh dikenali dengan
melihat fungsinya sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan. Sekiranya
ditinggalkan, ayat tersebut menjadi tidak bermakna. Terdapat beberapa jenis
pengulangan berdasarkan model pindaan Sanat Md Nasir. Unsur pengulangan kata
boleh dilihat melalui ayat di bawah :
i.
Jejaka itu telah
berjaya menyelamatkan seorang puteri daripada lemas.
ii.
Jejaka itu akhirnya mendapat balasan setimpal apabila
diberi ganjaran lumayan.
Melalui petikan di atas, terdapat pengulangan
perkataan jejaka sebanyak dua kali. Apabila subjek jejaka dalam ayat 2
digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis kerana ketiadaan subjek. Sanat
Md Nasir pula membahagikan konjungsi kepada hubungan berlawanan, hubungan
keluarga serta hubungan sebab dan akibat. Pertama adalah hubungan kekeluargaan
menggunakan kata yang mempunyai hubungan superordinat dan ordinat. Hubungan
seterusnya adalah hubungan masa menggunakan penanda-penanda wacana yang
berkaitan dengan masa. Seterusnya adalah hubungan berlawanan boleh dilihat
melalui entiti atau keadaan yang
berlawanan. Pengguguran atau elipsis menurut Beaugrande dan Dressler
dalam Mohd Rashid Md Idris (2004:10) adalah salah satu pengulangan struktur
linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada
ujarannya. Elipsis boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama, adalah elipis kata
nama. Elipsis ini selalunya mengugurkan kata nama. Sebagai contohnya boleh dilihat dalam contoh di bawah :
i.
Surani dan Dayana membeli-belah
di Mid Valley. Mike dan Nike pula sebaliknya.
Contoh di atas menunjukkan pengguguran
kata nama Surani dan Dayana dalam ayat kedua. Sebenarnya selepas perkataan
sebaliknya wujud perkataan Surani dan Dayana. Kedua adalah elipsis kata kerja.
Elipsis kata kerja selalunya akan menggugurkan kata kerja. Misalnya di
bawah
i.
Malik dan Jemat
memancing ikan di sungai. Mereka telah meminjam dua joran pancing daripada Ah Tong. Pada minggu lalu saya telah
meminjam satu.
Petikan di atas menunjukkan pengguguran kata kerja
dalam ayat kedua. Perkataan yang digugurkan adalah perbuatan meminjam joran.
Oleh sebab meminjam adalah kata kerja yang menjadi inti ayat, perkataan
tersebut tidak dapat digugurkan kerana akan menyebabkan ketidakgramatisan ayat.
Perkataan yang digugurkan adalah joran yang mewakili perbuatan subjek.
Seterusnya adalah elipsis klausal. Pengguguran ini berlaku apabila menggugurkan
klausal. Sebagai contohnya, lihat ayat di bawah :
i.
Kamu semua sudah makan
nasi ayam dekat dapur? Belum - bukan?
Kalau belum - silalah.
Petikan di atas menunjukkan pengguguran klausal pada
tanda sempang. Tanda sempang pertama dan
kedua sepatutnya diisi oleh klausal makan nasi ayam tetapi telah digugurkan.
Pengguguran ini perlu memenuhi syarat. Tanpa klausal, ayat masih boleh difahami
oleh pembaca. Jika tidak difahami ayat
tersebut tidak menepati ciri tautan klausa.
Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian
perkataan yang berfungsi untuk
menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap dan ia amat
penting dalam sesuatu teks kerana
penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian
teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan,
penanda wacana ini digunakan untuk:
i) menyambung ayat
dengan ayat;
ii) melahirkan
ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.
iii) menghubungkan
perenggan dengan perenggan yang lain
Raminah Hj Sabran (1985) melalui bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih
Maktab Perguruan telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan
meluas sebagai panduan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa
seluruh negara. Nik Safiah Karim (2009) di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
ada menyebut tentang fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi
bersama oleh Samsu Yaakob (2009) di dalam bukunya yang berjudul Senarai Semak
Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu.
Menurut mereka ini, di dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis utama penandaan wacana seperti:
i) Penanda penghubung
ii) Penanda rujukan
iii) Penanda penggantian
iv) Penanda leksikal dan
iv) Penanda elipsis
atau pengguguran.
Bagi meningkatkan mutu penulisan di kalangan pelajar,
mereka seharusnya tahu menggunakan wacana yang sesuai dan pelajar juga perlulah
tahu akan fungsi wacana yang digunakan. Terdapat empat fungsi utama di dalam
penanda wacana iaitu:
a). Penghubung tambahan
b).
Penghubung tentangan atau sebaliknya
c).
Penghubung musabab atau sebab; dan
d).
Penghubung tempoh masa atau ketika.
2.1
Menunjukkan maksud penghubung
tambah
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
penghubung tambahan merupakan
penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan
sebelumnya. Antara penanda wacana
yang terdapat di dalam jenis
ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu
dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh dibina adalah seperti
i. Tugas sebagai
seorang guru di kawasan pedalaman benar-benar mencabar dan memberi
pengalaman baru kepadanya kerana sebelum
ini dia merupakan
seorang anak orang berada yang tinggal di bandar besar. Malahan dia juga
berpeluang beramah-mesra dengan penduduk-penduduk termasuklah petani dan penternak
dalam mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.
ii. Pendidik haruslah
berusaha membimbing pelajarnya melakukan
pelbagai aktiviti kokurikulum secara teori mahupun praktikal. Di samping itu, isi pelajaran
yang hendak disampaikan mestilah menarik minat pelajar
iii.
Menunjukkan maksud sebaliknya atau penghubung
tentangan.
Menurut Nik Safiah Karim (2009), penghubung tentangan
ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru
diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda
wacana yang sering dan boleh digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi,
sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagii
2.3 Menunjukkan maksud sebab atau
penghubung musabab.
Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan, jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar dalam memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. Antara penanda wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh Siti Hajar binti Abd Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II terbitan Oxford Fajar (2009). Contoh ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah
i. Kejadian pecah
rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan di pinggir
bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama dan tidak mempunyai
semangat kejiranan menjadikan masalah ini sukar dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga
menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.
2.4 Menunjukkan maksud ketika atau penghubung
tempoh.
Mengikut Raihana Hamdan, Aina Rosli, Amin Nur Aiman
dan Salina Hussin (2007), dalam buku Bahasa Melayu UPSR Teks dan Rujukan
Lengkap turut mengatakan bahawa fungsi wacana adalah merujuk kepada maksud
ketika atau penghubung tempoh iaitu penghubung yang menunjukkan urutan masa
atau siri berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian. Antara penanda wacana
yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian,
selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya.
Selain daripada yang telah dinyatakan di atas, penanda
wacana yang terdapat di dalam bahasa Melayu ialah seperti penanda permulaan
karangan, penanda memulakan isi baharu, penanda huraian isi karangan, penanda
memberi contoh, penanda menutup isi, penanda menulis dua huraian dalam satu
ayat, penanda memulakan perenggan penutup, penanda menerangkan huraian atau
pendapat yang berbeza dan penanda memulakan atau memasukkan peribahasa.
Setelah
diteliti kesemua fungsi wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah kepada
kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarkan mempunyai makna yang berbeza
antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah
ditetapkan.
No comments:
Post a Comment